Telah kukumpul emas berjuta untuk membeli bahagia,
Tetapi jiwa masih juga merana kerana hilang percaya terhadap warga kerana hanya ingin melindungi material.
Cemburu, dengki, khianat, tamak dan haloba untuk memiliki kemewahan duniawi, tiba-tiba datang mengepong kesumat dada, dahulu saudara dan sahabat setia, kini telah menjadi musuh sengketa, lalu dakyah fitnah, ditabur ke seluruh media, bencana pun mulai datang silih berganti menghancurkan keharmonian negara.
Oh, Tuhanku… Selamatkan bangsa kami, dari tenggelam ke samudera, ternyata kami sudah hilang upaya untuk kembali bersama seperti dahulu.
Oleh:

Aduka Putra.
Cendana Puri Pasir Mas Kelantan.
16 January 2021.
TAMAT.