Citranalis: nama pena Ruslina binti Mat Rakib. Dilahirkan di negeri Jelapang Padi, Kedah Darulaman. Timbalan Presiden Persatuan Aktivis E-sastera Malaysia (E-SASTERA) dan ahli Angkatan Sasterawan Nasional Kedah (ASASI). Menganggotai Grup Puisi Pinggiran Darulaman sekitar tahun 1980-an. Mengikuti kursus-kursus penulisan yang dianjurkan oleh ASASI seperti Kurssu Asas Penulisan, Kursus Penulisan Kreatif, Penulisan Berita dan Rencana, Kursus Penulisan Skrip Drama, dan beberapa bengkel anjuran PROKSI, DBP, PENA, dan ITBM. Karya-karyanya lebih tertumpu kepada puisi dan cerpen. Pernah mendapat tempat di Radio Malaysia Alor Setar, Mingguan Malaysia, Brerita Minggu, Warta Darulaman, Mingguan Wanita. Majalah Intisari, beberapa akhbar tabloid yang lain, dan majalah Sastera.net. Menerima anugerah Sasterawan Alam Siber (SAS) dari E-SASTERA (2019). Kini menetap di Kuala Lumpur, Malaysia.

KARYA DI PORTAL E-SASTERA VAGANZA ASEAN

. Percutian (Sonian) .

TAMAT.