Pagi ini bersinar lagi
memberi cahaya sumber tenaga
berkelopak mekar berseri-seri.

Pagi ini cerah lagi
memberi mata untuk melihat
berselerak melata merayau dibumi bertuah.

Pagi ini ceria lagi
memberi nikmat syukur dan bahagia
mencuit nikmat hidup mengarang cerita.

Pagi ini tiba lagi
mengikut aturan kurniaan Ilahi
hadiah buat makhluk yang mahu mengerti.

Oleh:

AM. Fairus.

TAMAT.