
Kenangan sejarah silam
Tersunggeng dalam kepala
Bangunan lama majlis daerah sudah ghaib
Rumah rakit di pengkalan ditutup menerung
Sunyi dari bunyi motobot dan sangkut hilir mudik.
Ingatan lagi datang
Menjengah kenangan silam;
Lorong turun pengkalan;
Zaman perang dunia kedua;
Tentera Jepun bersama mp
Berdiri kiri dan kanan.
Haik! Arigattok!
Penggg!
Penampar Jepun tak payah dibeli.
Tentera Jepun bersama bedil;
Benek tajam di muncungnya;
Bertubuh pendek;
Berperimen hijau;
Topi sudu.
Dahulu…
Hanya itu sahaja jalan untuk ke hulu sungai Kelantan;
Di situ jugak lah nak menghiliri ke kita bharu
Dan Kuala Besar;
Ke Tendong, Pasir Pekan dan kampung Laut.
Para Wali Songo, Puteri Saadong, Cik Siti Wan Kembang mahu ke Tanah Serendah Sekebun Bunga, melalui sungai kebanggaan rakyat inilah.
Di sinilah bertukarnya kehidupan dari kehidupan Agraria kepada maritim; berinteraksi dengan dunia luar.
Syeikh Hussain Jamadil Kubra, ketua wali tujuh, bersama adiknya Syeikh Thana’Udin atau Wak Saman atau Adi Putera mahu ke Bukit Panau; berbahtera melalui redahan sungai inilah.
Hatta, kumpulan kumpulan pedagang di abad ke dua masehi dahulu, merentasi arus untuk membuka negeri di Chih Tu; sekarang dikenali Batu Joh atau Pulau Raya. Di sini juga ada lapangan terbang Jepun. Kubur Jepun boleh ditemui.
Bagaimana Hang Tuah lima bersaudara berjalan merentasi bukit dan gunung, masuk hutan keluar hutan, selama tujuh hari tujuh malam menuju arah ke Hulu Kelang; maksudnya menuju Kelantan; maknanya Bukit Panau dan berguru dengan salah seorang Wali Tujuh bernama Adi Putra atau Wak Saman atau Sheikh Thana’Udin.
Sebenarnya, Bukit Panau di tepi sungai Kelantan itu, masih lagi boleh dihubungi melalui jalan kedua iaitu Sungai Lemal.
Sesungguhnya, sungai Lemal ini lebih selamat kerana airnya cetek, sempit dan menyenangkan.
Sungai Lemal sekarang dikenali sebagai sungai Danau Toban. Sebelum pembinaan empangan di tahun-tahun 1968, saya bersama aruah Datok dan nenek ke Bukit Perah menaiki motosangkut.
Ketika itu belum kenal apa itu Lubok Jong, Tak kenal lagi Sungai Golok, belum tahu di mana letak Kota Jiddah di Tanjung Puteri.
Saya belum tahu lagi terusan kota Jiddah menuju Kelar Bongkok, Sungai Tembesu, Sungai Serendah, Sungai Tandak dan terhenti di kaki Bukit Panau.
Sekarang, aku akan cuba menggali semula jalan-jalan ke Tamadun Bukit Panau. Di Lubok Jong aku terjumpa keturunan Raden Panji bin Raden Sundang.
Subhanallah…
Oleh:

Aduka Putra.
Dataran Air Muleh, Pasir Mas, Kelantan.
12/1/2021.
TAMAT.