(DEDIKASI UNTUK IMANKU)

Terlantar di birai waktu
setelah lelah mengikat kaki membatu
titian kelmarin suram beradu
tanpa sudah menyudah mahu
khudrat diambil satu persatu
terdiam pasrah menatap penjuru.

Di birai waktu
menghela nafas yang penuh rahsia
sekujur jasad longlai tak berdaya
ingin berlari seperti anak muda
sedang hakikat sulit untuk dicerita.

Di birai waktu
dalam pembaringan lesu beradu
menghirup penawar agar bisa selincah dulu
mengharap gah datang bertamu
kerana di sana kemanisan sedang menunggu
mengajak reriang dulu menyatu
di birai waktu.

Salam Kasih.

ADYRA AZ-ZAHRA.
TAMAN SENTOSA, KLANG.
9 JANUARI 2021, 4.19 AM.

TAMAT.