BIODATA RINGKAS PENULIS.

MOHD FAIRUS ABD MAJID (AM. Fairus) anak kelahiran Tunjang, Jitra, Kedah. Kini bertugas di UUM. Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan Dengan Kepujian – Seni Halus (UNIMAS), Ijazah Sarjana Sastera Pengajian Islam (UUM), dan kini sedang melanjutkan pengajian peringkat Doktor Falsafah (di UUM) dalam bidang Pengajian Islam secara separuh masa. Alumni Global Executive Workshop for Higher Education Management (Michigan State University, USA). Mempunyai kelayakan dan pengiktirafan sebagai Coach & Trainer NLP (Neuro Linguistic Programming) Akademi NLP Malaysia. Mempunyai minat mendalam dalam bidang penulisan kreatif dan karyanya pernah diterbitkan dalam Ruangan Sastera Berita Harian, majalah universiti, dan pelbagai rumah penerbitan lain. Pernah dinobatkan pemantun terbaik peringkat negeri Kedah dan kebangsaan serta aktif menulis pantun.

KARYA DI PORTAL E-SASTERA VAGANZA ASEAN

. Hadiah Subuh . Mimpi Ngeri . Pagi . Surat Jawatan .

TAMAT.