Mazli Husma, nama pena Hj. Mohd Ghazali Husain. Lahir dan dibesarkan di Pasir Mas, Kelantan. Pendidikan rendah, Sek.Kebangsaan To Uban, menengah di Madrasah Rabbiyah, Pasir Mas, dan peringkat Thanawi Maahad Muhammadi, Kota Bharu, Kelantan. Tahun 1976, memperolehi ijazah B.A. Hons. (Universiti Malaya) dan Diploma Pendidikan 1977.
Menulis puisi, cerpen, dan rencana dalam akhbar dan majalah arus perdana. Sajak pertama tersiar dalam majalah hiburan paada tahun 1970.
Sehingga kini telah menghasilkan lapan buah buku puisi persendirian dan berpuluh buah antologi bersama.
Aktif dalam persatuan penulis, ahli PPK, AJK Puspa.
Sedang aktif dlm grup Kembara Sastera Kelantan. Mempekenalkan genre puisi Sonian dan Haiku di Kelantan. Menerbitkan berpuluh buah buku antologi dan persendirian penulis pelapis di Kelantan dan seluruh Malaysis, melalui grup Kembara Sastera (KS), yang baru setahun jagung, ditubuh tahun 2019.
Menerima penghormatan sastera Kerajaan Kelantan, kategori puisi 2013.
KARYA DI PORTAL E-SASTERA VAGANZA ASEAN
. Aku Ingin Kekal Dalam Cahaya . Dirgahayu Dua Ribu Dua Satu . Justifikasi Binatang .
TAMAT.