Nama: TUAN SITI MASTAZAMEATUN BINTI LONG TUAN KECHIK.
Nama Pena: AudeaFreya.
Emel: tsmastazameatun@gmail.com.
No.Tel/WA: 017-9532881.
Alamat: Lot 10891, Taman Medan Megah 2, Jalan Lubok Jambu, 16010 Kota Bharu, Kelantan.
Pekerjaan: Pensyarah, Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS), Nilam Puri, Kelantan.
Jawatan dalam persatuan: AJK Gabungan Penulis Muda Negeri Kelantan (GEMA).
PROFIL RINGKAS
Ibu kepada lima orang anak ini, mula menempa nama di persada penulisan tempatan, iaitu di negeri Che Siti Wan Kembang, sejak menyertai Bengkel Penulisan Kreatif dan Inovatif 2017, anjuran Gabungan Penulis Muda Negeri Kelantan (GEMA). Setelah mendapat tempat pertama dalam sayembara penulisan yang dianjurkan oleh GEMA pada tahun yang sama, beliau mula menapak luas dengan menghantar karya-karya kreatif seperti puisi dan cerpen ke media massa dan untuk penerbitan antologi. Beliau juga adalah seorang editor dan penyelenggara buku-buku antologi puisi seperti ‘Antologi Puisi Hati Penyair Kelantan’ (2017) dan ‘Tri Antologi Puisi Penyair Kelantan’ (2018).
Selain daripada itu, beliau juga telah menjadi penterjemah keseluruhan puisi bahasa Melayu kepada bahasa Inggeris di dalam ‘Antologi Kelate di Hati’ (2020).
Kekuatan beliau dalam penulisan cerpen telah menobatkan beliau selama empat tahun berturut-turut memenangi Sayembara Bengkel Penulisan Kreatif anjuran GEMA dan Kerajaan Negeri Kelantan bagi tahun 2017, 2018, 2019 dan 2020 yang telah dimuatkan dalam antologi bersama-sama karya penulis yang lain. Cerpen yang berjaya mengangkat nama beliau dalam sayembara tersebut ialah ‘Rahmat Sebuah Keikhlasan’ (2017), ‘Sumpah Dewata Naja’ (2018), ‘Rintihan Dari Luar Rahim’ (2019), dan ‘Khayalan Terakhir (2020).
KARYA DI PORTAL E-SASTERA VAGANZA ASEAN
SAJAK:
. Awan Putih Di Langit Hitam Tahun Baharu . Bicara Si Kedana Kepada Barisan Pohon Bambu . Buat Anak Syurga, Adik Amir . Pelangi Malam . Rumpun Puitika . Subuh Itu .
TAMAT.