Sudah sekian lama aku merasa
terus mengetuk pintu rumah-Mu
sesungguhnya aku telah khilaf
mula sedar hanya pintu rumahku
yang aku ketuk penuh alpa
ketika dinding keakuaku mula goyah
kerana kiranya aku begitu yakin
meminta kepada-Mu jiwa silu
merasa pula sudah serba cukup
akhirnya aku terombang-ambing
padahal sesungguhnya aku
umpama sebongkah kayu
mencari haluan di samudra-Mu
ampunkan hamba-Mu ya Rabbana.

Oleh:

JULIA IKIN.
Johor.
30 Desember 2020.

TAMAT.