Desir angin dari laut
Deru air dari bukit dan gunung
Berdeburan ke jeram batu
Menuruni liku lembah dari atas sana
Nan jauh.

Beburung terbang hinggap
Dari ranting dahan mencari sesudip makan
Sebelum hadirnya malam.

Di sinilah aku bertafakur diri
Gemersik berbicara
Tentang keagungan Tuhan.

Menjauhi dari segala godaan dunia
Kesibukan kebisingan keriuhan kemelut sedang ditarah.

Allahu…
Terdengar suara halus dari pintu batini
Menginsafi akan kerdipan diri.

Allahu…
Engkau pemilik alam jagat raya
Mengatur sistem tentang apa-apa sahaja.

Oleh:

Aduka Putra.
Cendana Puri, Pasir Mas Kelantan.
28 Disember 2020.

TAMAT.