
Cahaya di seberang sana
Bukan lampu
Tetapi Nur hati
Kasih Rabbani.
Pasanglah lampu dalam tahajud
Nanti benderang cahaya
Di sana nanti.
Wahai ummah akhir zaman
Kembalilah kita
Kepada kalimah syahadah
Bersaksikan Allah itu Esa
Benar-benar wujud
Muhammad SAW itu kekasih-Nya.
“Ketika Adam dan Hawa berkejar-kejaran
Di dalam Syurga,
Mereka terpandang kalimah Syahadah
Di atas pintu;
Laaila Ilallah Muhammadurasulullah…”
Kesah menggemparkan
Terselit dalam kitab;
Injil Barnabas!
Bukan dalam AL Quran.
Inilah cahaya
Kenyataan yang benar
Telah dipesongkan
Dalam kitab News Testmen.
Allah Maha Bijaksana
Allah Maha Mengetahui
Allah Maha Hebat
Allah Maha Memerintah
Allah Maha Mengaturkan.
Kembali lah kepada cahaya
Dari terus berada dalam kegelapan!
Oleh:

Aduka Putra.
Cendana Puri, Pasir Mas, Kelantan.
26 Disember 2020.
TAMAT.