MUHAMMAD SHAHRIN HARON. Anak sulung kepada Hj. Haron Bin Abdullah dan Hjh. Samsiah Binti Mohd Ishak. Lahir pada 2 Oktober 1976 di Muar, Johor. Pendidikan awal di Sekolah Tadika Parit Setongkat Muar, Sekolah Ismail (1) Muar dan Sekolah Tinggi Muar hingga tingkatan 6 bawah pada tahun 1993. Tahun 1994 pernah menuntut di Akademi Filem Malaysia dalam bidang perfileman kemudian menjadi Guru Sandaran di Sekolah Menengah Gelang Patah, Johor hingga 1996. Beliau menyambung pelajaran dalam bidang Diploma Fotografi 1996-1998 ITM Shah Alam kemudian. Beliau menjadi Pengajar Pusat Kokurikulum ITM Shah Alam pada tahun 1999 hingga 2000 dalam bidang Teater dan Apresiasi Sastera. Menyambung Pengajian di Fakulti Seni Persembahan UiTM Shah Alam dalam bidang Pengarahan Filem dan mendapat Ijazah Sarjana Muda Seni Persembahan (Pengarahan) pada tahun 2004. Selepas itu beliau terlibat dalam industri perfileman secara bebas dan pada tahun 2005 (Telemovie, Cerekarama TV3, Video Korporat dan Video Klip ) kemudian beliau bertugas sebagai Penerbit Audio Video di Multimedia Synergy Corporation Bhd. (Selangor) dan sebagai Penerbit di SNC MediaValley (Program Angkasawan Negara) 2007 dan seterusnya mengambil keputusan berkhidmat dengan UiTM Malaysia Cawangan Perak sebagai Penolong Pegawai Kebudayaan hingga 2009 dan kini bertugas sebagai Pegawai Kebudayaan Kanan, Pusat Kebudayaan Universiti Jabatan Sastera dan Warisan, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia sehingga sekarang.

Beliau juga merupakan mantan Pengarang Kehormat Persatuan Sejarah Malaysia Kawasan Batu Pahat 2015-2017, Pengerusi Persatuan Penyair Johor (PNJ), Ahli Jawatankuasa Persatuan Penulis Negeri Johor 2010-2015, Ahli Kelab Penyair dan Deklamator Kebangsaan(KPDK) dan bergiat aktif dalam persembahan, Deklamasi Puisi dan Teater dan Penerbitan Video Dokumentari Seni Budaya. Penceramah Pendekatan Seni dan Budaya Universiti Awam Malaysia), Penceramah Bengkel Teater dan Puisi diperingkat Universiti Awam Malaysia dan Negeri Johor. Naib Johan Sayembara Deklamasi Puisi Kemerdekaan Peringkat Negeri Johor 1998 dan 2009, Johan Sayembara Deklamasi Puisi Kemerdekaan Peringkat IPTA 1998, 2002 dan Johan Sayembara Deklamasi Puisi Kemerdekaan Peringkat Negeri Selangor pada tahun 2005. Johan Deklamasi Puisi Kemerdekaan Peringkat Kebangsaan 2015 mewakili Negeri Johor. Penulisan puisi pernah ditersiar di Dewan Sastera pada tahun 2000 dan di ruangan Sastera akhbar dan Antologi Puisi Bersama UTHM. Antologi Pemikir Bangsa terbitan PPJ, Antologi Puisi MH370 terbitan KPDK. Skrip teater Ustaz Zapin (dipentaskan di Terengganu Festival Teater Majlis Kebudayaan Universiti Unversiti Malaysia

KARYA DI PORTAL E-SASTERA VAGANZA ASEAN

SAJAK:
. Berlari Jauh Dalam Mimpi . Mengusung Takdir .

TAMAT.