Telah ku khabarkan padamu berpuluh kali
malah berkali- kali
berulang-kali.
Aku menulis bukan kerana nama
bukan kerana jenama
bukan kerana glamor
bukan kerana sohor
bukan kerana saguhati
bukan kerana simpati
bukan kerana penting sendiri
bukan kerana kegilaan menjadi
juga bukan habuan kendiri.
Aku sekadar kutip setiap aksara indah
nan tercicir dari jejak-jejakmu di jalanan dikumpul menjadi bicara kata
anyaman wacana bermakna
garapan ceritera maya
buat santapan rohani
kekal abadi di memori
setiap insani.
Nukilan:

OUI BIN SAL.
Tanah Merah, Kelantan.
TAMAT.