Kau datang dan tak pulang-pulang
seluruh dunia berubah tendang-terajang
muka kami ditutup bukan malu tapi takut
akan engkau yang yang kerdil tapi membusut.

Tidak kutahu dari mana datangmu
apa mahumu
apa salah kami
namun kau datang dengan tongkat hukuman
melibas menyebat di mana-mana
menyeksa membunuh ada kalanya.

Kami insan biasa, hai corona
telah kalah kami kau permainkan
hidup kami tak semacam dahulu
yang terus kami rindui.

Pergilah, corona, tinggalkan kami
Dengan cara hidup yang tak mungkin kau fahami.

Oleh:

IRWAN ABU BAKAR.
Kuala Lumpur, 22.12.2020.

KOMEN:

xxxxx

TAMAT.