Kita selalu berfikir yang bukan-bukan…
Membuat andaian dengan pelbagai keanehan,
Adakah ini kebersesuaian dunia serba mungkin.
Mungkin air itu api,
Mungkin api itu air,
Mungkin pisau tajam itu tumpul,
Mungkin pisau tumpul itu tajam,
Mungkin mata yang celik itu buta,
Mungkin mata yang buta itu celik.
Kita sering tak menyangka….
Daratan itu adalah segalanya,
Hingga kita terlupa untuk menguasai lautan.
Tetapi kita perlu fikir tentang lautan itu api,
Dan daratan itu penuh air.
Boleh jadi api itu kesengsaraan,
Dan air itu rahmat,
Ada juga orang membicarakan api itu sebaliknya,
Secara realiti api bersifat dengan tabiat membakar,
Air tentu membasahi, dingin dan menyejukkan.
Oleh:

Aduka Putra.
Cendana Puri, Pasir Mas, Kelantan.
12/12/2020.
TAMAT.