Amalan mulia Kita Jaga Kita
peradaban dipraktik sepanjang masa
berpandu slogan Kita Jaga Kita
membuatkan rakyat lebih berwaspada
Kita Jaga Kita mendisplinkan warga
banyak aktiviti di rumah pasti terjaga
Kita Jaga Kita mengemas urusan peribadi
menyedarkan warga tentang nilai murni
Kita Jaga Kita adalah pendidikan
membentuk sahsiah kendiri dalam kehidupan
Kita Jaga Kita wujud normal baharu
kawalan sesuatu perubahan elak celaru
Kita Jaga Kita atasi usaha sesia
laksanakan tanggungjawab tanpa berahsia
Kita Jaga Kita mengekang penularan wabak
Suatu langkah pencegahan penyakit merebak.
Nukilan:

Oui Bin Sal.
Tanah Merah, Kelantan.
TAMAT.