
Di antara kekuatan kaki melangkah ke pintu ini,
Ada semerbak haruman kasih,
Terhidu ke rongga putera sebuah puri
Dirasakan terbawa nafas kejujuran dan keikhlasan,
Ke mertapura sunyi lagi jauh dari hiruk-pikuk,
Mobil-mobil di aspal merangkak bagai kambing tua, terangguk-angguk,
Sambil mengunyah daun muda diragutnya sepanjang perjalanan ke kandang.
Apapun, aku ternampak Allah di mana-mana,
Dengan kalimah Muhammad SAW, di sambungannya.
Stigma itu, makin meresap ke dalam naluri terseni,
Menyelusuri bengkang-bengkok saluran bersama darah.
Cinta bertambah menyulam biarpun kau hampir dipinang orang,
Stigma mu kian mekar membukakan kepak untukku hidu,
Aroma bersayap tersedut ke ruang paling dalam,
Dan kita saling memadu kasih sayang berpanjangan.
Bagaimana kau ingin berada dalam pelukan nya sedang perasaan tidak ada untuk dia,
Biarlah aku bisikkan di telingamu, bahawa keakraban naluri kita sudah lama bersatu, tetapi demi mereka, tujuh kasih yang kau miliki, aku bisa izinkan saja kau menyeberangi sempadan itu.
Aku rela berkorban demi membahagiakan hatimu, walaupun kau melihat aku tidak sebahagia dulu.
Tuhan telah menganugerahkan aku buat seketika, menikmati tubuhmu, dia datang menuntut tanpa mengetahui siapakah kau sebenarnya.
Ternyata, egonya masih tak berubah dan tak akan berubah untuk selamanya.
Oleh:

Aduka Putra.
Banggol Jenerih, Tanah Merah, Kelantan.
10 Disember 2020.
TAMAT.