ABDULLAH AWANG atau ADUKA PUTRA ialah nama komersil bagi Abdullah bin Awang Kechik. Beliau ialah calon Doctor Of Philosophy dari Asian e University (AeU). Dalam bidang penulisan, beliau turut menggunakan beberapa nama pena – Atma Rindu, Putra Arjuna, dan Awang Al Darwisi. Beliau telah menghasilkan sebanyak 30 buah buku, artikel untuk kesemua majalah terbitan DBP, dan beberapa buah novel, antaranya termasuklah empat buah novel remaja – Dua Haluan (Teks KOMSAS Tingkatan 1 selama 10 tahun), Pendekar Sabri, dan Rahsia Lubok Menangis (Buku ini adalah salah sebuah daripada karya 10 orang sasterawan Malaysia yang dipilih untuk diterjemahkan ke dalam huruf Braille bagi kegunaan orang cacat penglihatan) diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, serta novel Api Cintaku, novel remaja diterbitkan oleh Tempo Publishing. Beliau juga terlibat dalam penerbitan 10 antologi cerpen oleh Oscar Book Internasional, antologi puisi bersama dunia di Pulau Pinang, antologi puisi dan cerpen bersama Bah Kuning (DBP), antologi puisi bersama Kanang Anak Langkau (DBP), antologi puisi bersama Numera (KEMALA), antologi puisi bersama R Hamzah Dua, antologi puisi bersama PUSPA, antologi puisi bersama Cakar Nanar (NUMERA), serta antologi cerpen dan puisi Numera Bersayap (NUMERA-KEMALA), antologi puisi persendirian Sukma Angin – 3 Jilid mengandung 700 buah puisi (UUM PRESS) dan antologi puisi persendirian Sempadan Rindu (ITBM), antologi puisi Suara Kekasih (ATMA PRESS), antologi cerpen Gerigis-Gerigis Duka (ATMA PRESS), kumpulan esei Apabila Allah Mendidik Manusia (ATMA PRESS). Kumpulan cerpen Menongkah Badai ialah karya pertama melalui media maya di bawah E-Sastera Vaganza ASEAN atas inisiatif Dr. Irwan Abu Bakar. Selain itu, beliau menghasilkan karya eceran berbentuk cerpen, rencana, skrip drama radio, dan sudah barang tentu juga puisi yang merupakan genre paling diminatinya. Dalam lapangan kerjaya, beliau terlibat dalam lapangan perguruan dan kewartawanan. Kedua-dua lapangan ini berserta minat mendalamnya dalam lapangan penulisan, khususnya puisi, membuka laluan untuknya berkarya secara lebih prolifik.

KARYA DI PORTAL E-SASTERA VAGANZA ASEAN

CERPEN (menggunakan nama: Abdullah Awang):

. Godaan Al Sayati .

SAJAK:
. Alam Ciptaan Tuhan . Bahagia . Cahaya . Bisikan Nestapa . Catatan Sebelum Tidur . Dari Rahim Takwa . Gelita . Hagia Sophia . Jalan Yang Mana . Lelaki Yang Kutemui Di Sini . Mendung Purbakala . Saing . Kucing Di Kaki Kita . Seandainya, Laut Itu Api… . Sigma Cinta.

TAMAT.SAJAK: