telah kami serahkan bibir, lidah dan deria kepada mereka, kerana kami yakin mereka tak pernah kedekut mengongsi rasa atau membawa rasa derita kami untuk dikongsi bersama untuk nanti sama-sama berbahagi cerita dan rezeki.
rupanya, telah lama mereka kehilangan indra kerana bibir,lidah atau deria kami telah terhiris menjadi renjana kecil yang dipersia, ke dalam dulang emas yang hanya dikongsi menjadi sengketa, di momokkan dengan derita sehingga mereka rasa kehidupan adalah pilihan antara mereka.
lalu dengan apa yang ada, kami dipaksa mengambil alih tugas berfikir untuk mereka. sehingga mereka lupa, fikir dan hati masih kami punya, untuk mencantumkan lidah dan bibir supaya menjadi kami semula.
untuk menceritakan, kami bukan hanya ceritera untuk dipersenda.
Oleh:

Ghazali Sulong.
08 Disember 2020.
TAMAT.