Barisan hadapan adalah pasukan terbaik
benteng pertahanan dari penularan pandemik.

Barisan hadapan pelindung nyawa insan
tidak dinafikan keberkatan tugasan.

Barisan hadapan berkorban nyawa
perkhidmatan terunggul yang dibawa.

Barisan hadapan sentiasa bersiap-siaga
pengorbanan mereka tak ternilai harga.

Barisan hadapan pahlawan terbilang
tanpa mereka pasti jiwa melayang.

Barisan hadapan terbukti banyak berjasa
membendung covid 19 dari terus berleluasa.

Barisan hadapan umpama vaksin
mengekang virus nyawa terjamin.

Barisan hadapan pembela kesihatan
menyahkan habitat covid habis-habisan.

Oleh:

Oui Bin Sal.
Tanah Merah, Kelantan.

TAMAT.