ZULKIFLI BIN MOHAMED. Dilahirkan di Mersing, Johor. Membesar sepenuhnya di Kemaman, Terengganu. Graduan Universiti Kebangsaan Malaysia, dalam pengkhususan Sejarah Asia Tenggara. Kini bertugas sebagai guru di sekolah menengah di Kemaman, Terengganu. Karya terawal tersiar di majalah Al Islam pada 1994, sewaktu masih menuntut di UKM. Memberi tumpuan sepenuhnya kepada penghasilan sajak sahaja. Telah lama tidak menulis kerana kesibukan rutin rasmi. Bagaimanapun, mulai tahun 2020 ini berhasil menghasilkan empat antologi puisi iaitu Kamar Tresna Figura Maya, Perempuan di Pelabuhan, Suara Dari Suatu Musim, dan Sonigraf Rencam Astakona. Dalam masa yang sama, sedang menunggu tujuh antologi puisi yang bakal dicetak untuk terbitan tahun 2021.

KARYA DI E-SASTERA VAGANZA ASEAN

Hujan Diri . Mentafsir Sejarah .

TAMAT.