kau perempuan
mengikat tali kesetiaan
pada helaian hari
melupakan tajam belati takdir telah tertulis
di saat gugurnya rintik air
dari rahim langit hidup.
( ii )
lelaki yang kau simpan
di hati paling dalam
tewas saat mencari
sebuah pelabuhan janji
sekian musim
ditolak nanar ombak
di rusuk tenggara.
semua menggila
dalam monsun diri
layaran agung patah jua.
( iii )
dari dalam diri
kau perempuan
melihat musim
rusuh Disember
semakin deras jatuhan
di penjuringan
semakin basah di matamu.
Oleh:

ZULKIFLI BIN MOHAMED
Chukai, Darul Iman
03 Disember 2020.
TAMAT.