KUMPULAN PUISI

IRWAN ABU BAKAR

ETALASE

© E-sastera Enerprise, 2021

ALU-ALUAN PENERBIT

Sukacita kami menghidangkan kepada para peminat sastera Melayu, kumpulan sajak Irwan Abu Bakar yang kedua di portal E-sastera Vaganza ASEAN ini. Sajak-sajak tulisan Irwan sebelum ini telah dikumpulkan ke dalam lima buah buku yang berikut:
Semelar (2003): 113 puisi.
Kuntom Ungu (2012): 105 puisi.
Peneroka Malam (2014): Ulasan (1 puisi baru + 24 puisi yang diulang siar).
Grafiti Hati (2016): 60 puisi.
AM Ke PM (2020): 60 puisi.

Puisi-puisi dalam koleksi ini kami peroleh dari terbitan bercetak dan terbitan di alam siber.

Semoga koleksi ini melengkapkan kumpulan karya Irwan semasa buat tatapan dan apresiasi masyarakat peminat sastera seluruhnya.

Ikhlas dari:


eSastera Enterprise.
Kuala Lumpur, 1.12.2020.

BIODATA PENULIS

Irwan Abu Bakar (atau Dr. Ir. Wan Abu Bakar bin Wan Abas) dilahirkan pada tahun 1951 di Segamat, Johor.  Beliau bersekolah rendah dan menengah di Segamat serta mengikuti kursus Tingkatan 6 untuk empat bulan di English College, Johor Bahru, Johor. Kemudiannya beliau telah berpindah untuk mengikuti kursus diploma dalam bidang Kejuruteraan Mekanik di Maktab Teknik, Kuala Lumpur (kini UTM).  Selepas itu, beliau telah melanjutkan pelajaran di University of Strathclyde, Glasgow, United Kingdom untuk mengikuti kursus Bachelor of Science (Mechanical Engineering) dan PhD (Bioengineering). Isterinya ialah Hasimah Harun dari Pasir Mas, Kelantan. Mereka dikurniakan tujuh orang cahaya mata, lima lelaki dan dua perempuan. Kini mempunyai lima orang cucu.

Irwan mempromosi konsep “whole-brain thinking” sebagai jurutera yang terlibat secara aktif dalam bidang sastera. Beliau telah menerbitkan pelbagai karya sastera, termasuk novel, cerpen, puisi, dan artikel. Beliau pernah memenangi beberapa anugerah sastera tempatan. Di samping itu, beliau diiktiraf di Malaysia sebagai pengasas kegiatan sastera siber (atau e-sastera) Melayu. Portal sasteranya dilanggani penulis dari pelbagai negara, terutamanya Indonesia. Beliau juga terlibat secara aktif dengan deklamasi puisi, terutamanya di Malaysia dan Indonesia.

Dalam gerakan penulis, Irwan ialah Presiden, Persatuan Aktivis E-Sastera Malaysia (E-SASTERA) sejak didaftarkan pada tahun 2010. Irwan juga pernah menyandang jawatan Timbalan Presiden, Persatuan Sasterawan Numera (Nusantara Melayu Raya), Malaysia dan juga pernah menjadi Bendahari, Jawatankuasa Protem, Persatuan Sasterawan Paksi Rakyat (PAKSI).

Pada tahun 2016, Irwan telah menubuhkan gerakan sastera pada peringkat ASEAN yang dinamai Gabungan Komunitas Sastra ASEAN (GAKSA) serta pada peringkat global yang dinamai World Association of Literary Communities (WALC). GAKSA menerbitkan portal e-karya yang dinamai E-Sastera.Vaganza ASEAN (ESVA). Di samping itu. Gaksa juga menerbitkan buku hasil karya bersama oleh penulis lima negra ASAEN. Setakat ini, lapan buah antologi puisi dan dua buah antologi cerpen telah diterbitkan. Pada 2017, GAKSA membeli sebuah rumah di Cilegon, Banten, Indonesia dan menjadikannya pusat aktiviti sastera peringkat ASEAN dan dinamai Rumah Sastera ASEAN.

Kini Irwan meneruskan penerbitan e-majalah sastera (majalah sastera dalam Internet). Fokusnya pada masa ini ialah portal sastera Melayu peringkat rantau ASEAN bernama E-sastera Vaganza ASEAN terbitan Gaksa. E-majalah ini dikongsi ke grup Facebook, “Gaksa E-sastera vaganza ASEAN”. Beliau juga menerbitkan satu lagi e-majalah di grup Facebook. E-majalah kedua ini ialah terbitan eSastera Enterprise untuk persatuan E-SASTERA dan diberi nama Majalah E-sastera @ Facebook.

Bertarikh: 20.11.2020.

KARYA (PUISI)

SENARAI TOPIK:

2020. (7) Ko Berona.
2012. (6) SMS Di Dalam Kelas.
2011. (5) Etalase. (4) “Engkau Dan Aku Adalah Sama, Hong Kong,” Kata Kuala Lumpur. (3) Kehilangan. (2) Lelong Merdeka.
2010. (1) Tragedi Hang Nadim Di Dunia Ketiga.

KUMPULAN PUISI 1 (AM Ke PM): Klik SINI.

Pens, Pencils, Crayons, Green, Holder, Office, Tools - Pot Of Pencils  Clipart - Free Transparent PNG Clipart Images Download

7.

KO BERONA

Kau datang dan tak pulang-pulang
Seluruh dunia berubah tendang-terajang
Muka kami ditutup bukan malu tapi takut
Akan engkau yang yang kerdil tapi membusut.

Tidak kutahu dari mana datangmu
Apa mahumu
Apa salah kami
Namun kau datang dengan tongkat hukuman
Melibas menyebat di mana-mana
Menyeksa membunuh ada kalanya.

Kami insan biasa, hai corona
Telah kalah kami kau permainkan
Hidup kami tak semacam dahulu
Yang terus kami rindui.

Pergilah, corona, tinggalkan kami
Dengan cara hidup yang tak mungkin kau fahami.

-IRWAN ABU BAKAR.
Kuala Lumpur, 22.12.2020.

KOMEN (Mohd. Dahri Zakaria):

wah menarik tajuk ni – Ko Berona
Ko Bborak
makin merumitkan/menyukarkan/menyusahkan
‘Ko’ ni kependekan daripada ‘Koho’
mungkin Dr Irwan ada makna lain juga

6.

SMS DI DALAM KELAS

XXXXX

5.

ETALASE

XXXXXX

4.

“ENGKAU DAN AKU ADALAH SAMA, HONG KONG, KATA KUALA LUMPUR

XXXXXX

3.

KEHILANGAN

XXXXXX

2.

LELONG MERDEKA

XXXXXX

1.

TRAGEDI HANG NADIM DI DUNIA KETIGA

XXXXX

TAMAT.