Kau kuingat
sepucuk surat
di dalam kelas 4 sains dulu
dari satu tangan ke satu tangan
akhirnya sampai ke pangkuanku
kautulis
kaurindu
kaucinta
aku terkedu
kubalas sampul biru
senyum kita
senyum melirik rindu.

Sampul surat merah jambu
kenangan itu telah berlalu
ke titik senja ini
kita tidak pernah bertemu.

Oleh:

AmirHamzah
Pasir Putih Ipoh Perak
20112020

TAMAT.