Hujan masih pilu untuk gembira
Mentari masih belum siaga berduka
Lalang hilang gerak tak tentu arah
diredahi mahu ke sebelah sana
cuba menyalakan api dengan harapan terbakar menjadi abu.

Ini bukan akhir, ini permulaan membina keyakinan bagi mendirikan monumen kemanusian dan ketika duri itu dipatahkan bunga gugur lantaran segala kebencian pun padam.

tangan terluka mengusung takdir
Kehidupan ini belum pasti berakhir
Sentosa.

Oleh:

MS. HARON.
MUAR, JOHOR.
15.11.2020.

TAMAT.