seperti bunga
wanginya di kelopak
merayap di akar bumi.

ghairah melekat atau rona memikat
bukan pilihan untuk telanjang
kerna burung dan kumbangpun
tak selalu peduli kecuali mengharap
kembangnya berisi madu dan bukan hanya penyeri.

lalu
seperti daun, ranting dan duri
kudup pun tak pernah berhenti
berdoa
kehadiran bukan hanya
sekadar misteri.

Oleh:

Ghazali Sulong
03 November 2020.

TAMAT.