Bumi ini tempat kita dilahirkan
Membesar berlari dan bermain
Hingga tua lalu mati.

Hanya Adam dan Hawa
Diciptakan dalam Syurga
Masih diterima goda
Kepalsuan bermain di kaunter mata
Menikam gila.

Biarpun nenek kita wujud di sana
Pernah mengetahui hakikat
Syurga dan Neraka
Jasad mereka masih gotel-uli dari tanah
Sesegar tampan Adam yang tiada
Seghairah nafsu halwa dinamakan Hawa
Suatu nama sukar dihuraikan
Oleh para cendikiawan
Berjiwa bangsa.

Adam dari tiada kepada ada
Dari ada kepada tiada
Dari tiada kepada ada
Lalu dijadikan manusia bernama Hawa
Mengisi kesunyian sedang bergua
Kenikmatan dianugerahkan kepada mereka
Mengisi kekosongan
Cinta.

Ternyata dua jalan dibentangkan
Yang tersembunyi dan nyata
Untuk setiap orang
Mengatur perjuangan!

Syurga Neraka
Neraka Syurga
Tetapkan distinasi
Sebelum pergi.

Oleh:

Aduka Putra.
Cendana Puri, Pasir Mas, Kelantan, Malaysia, 10.11.2020.

TAMAT.