Nota: Artikel ini akan ditambah dari semasa ke semasa apabila ada input daripada para penulis.

SADUKA (sajak dua kata)

-tajuk terdiri 2 kata.
-terdiri sekurang-kurangnya 3 bait/rangkap.
-sebait/rangkap terdiri 4 baris.
-sebaris terdiri 2 kata.
-satu perkataan terdiri 2 suku kata.
-skema rima hujung ialah aabb.

Contoh:

TEGUR KAWAN

Kawan kita
jangan buta
keras hati
degil mati.

Ajak baik
darah naik
paling sukar
larang mungkar.

Terus senyap
takkan lenyap
hendak marah
nanti gerah.

Kata orang
susah larang
biar sopan
cakap depan.

ibnudinassingkiri
Batu Kawan, Pulau Pinang
30 Oktober 2020.

Selamat mencuba.

Oleh:

Ibnu Din Assingkiri.
30.10.2010.

TAMAT.