ᐈ Malaysia flag stock images, Royalty Free malaysia map with flag pictures  | download on Depositphotos®

Orang makin mabuk nak jadi pemimpin
yang waras menjadi separuh gila
membilang angka
mengira nombor
yang tak pernah cukup-cukup.

Kegilaan jenis apakah ini
membuat rakyat menjadi gusar sasau tidak keruan
melayan kegilaan serupa ini.

Dunia politik menjadi semakin tolol
punca kuasa yang menjadi rebutan digoncang-goncang serupa buah guli dan bola lambung.

Rakyat menderita dalam resah
seribu kuman Covid tidak mampu menghapus satu kuman politik yang menjangkiti sang politikus
mereka mengamuk dan meracau menyerang rakyat dengan kemaruk kuasa,
sebeban virus politikus telah merebak meracun merosakkan fikiran rakyat.

Politikus adalah kuda liar yang tak terjinakkan.

Aduh negaraku.

Kami tidak sempat meludah ke muka politikus seperti ini
mereka telah terlebih dahulu mengkhayalkan kami dengan sejumlah dadah politik yang memabukkan.

Di negara kami, sejumlah kegilaan telah melanda.

Oleh:

Mohd. Dahri Zakaria
Putrajaya.
23.10.2020.

TAMAT.