Salam semua; Rabu datang lagi.
Rabu yang baru.
Dengan virus membelenggu
Kita pun belum menang lagi
“Hidup Hanya Menunda Kekalahan” @chairilanwar

Di kayangan bercakaran
dacing keadilan bertempiaran
anak-anak meneruskan tangisan
lapar susu dan mahu makan
mereka mahu hidup seribu tahun lagi
di mana kita mahu menadah tangan
di bumi berkat ciptaan Tuhan
Khabarnya tikus pun sukar mencari makan.
Oleh:

Amir Hamzah.
Ipoh, Perak, Malaysia.
21102020
HakCipta peliharaan Tuhan.
TAMAT.