Minum 25 Cangkir Kopi Per Hari Aman Untuk Jantung – Timlo.net

Secangkir kopi itu
kehidupan
kuteguk dari pahitnya ujian
kuhirup dari manisnya kesabaran
menikmati aroma cinta
berdepan dengan diri
berdepan dengan emosi.

Boleh aku katakan hendak
juga boleh aku katakan tidak.

Pernah sesekali
air kopi tumpah di kaki
perkara biasa
boleh saja aku bersihkan
atau saja terus aku biarkan.

Secangkir kopi
akan mengalir di tenggorokkan
masih juga boleh aku tentukan
apakah hendak kutelan atau mungkin akan kuluahkan.

Kawan,
hidup ini pilihan.

Oleh:

Seri Banang
19092019
Satu waktu menuju Ceribon.

TAMAT.