Sukacita dimaklumkan bahawa Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sedang menganjurkan program Hadiah Tunas Cipta 2019/2020. Hadiah ini akan diberikan kepada karya terbaik yang disiarkan dalam majalah pada tahun 2019 dan 2020 dalam bentuk puisi, cerpen dan rencana yang dihasilkan oleh penulis yang berumur antara 7 hingga 21 tahun. Sehubungan dengan itu, semua penulis dan penerbit dipelawa untuk mengemukakan pencalonan Hadiah Tunas Cipta 2019/2020. Sila imbas kod QR pada poster atau klik pautan https://flowto.it/cnHMmVhK untuk muat turun Syarat dan Borang Penyertaan. #hadiahtunascipta

GABRIEL KIMJUAN, 29.09.2020.

TAMAT.