Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sedang menganjurkan program Hadiah Karya Ilmiah 2019/2020. Hadiah ini akan diberikan kepada karya terbaik dalam bidang sains dan teknologi; serta seni, sains sosial dan kemanusiaan dalam bahasa Melayu yang bermutu tinggi yang diterbitkan pada tahun 2019 dan 2020. Sehubungan dengan itu, semua penulis dan penerbit dipelawa untuk mengemukakan pencalonan Hadiah Karya Ilmiah 2019/2020. Sila imbas kod QR pada poster atau klik pautan https://flowto.it/cnbW30zS untuk muat turun Syarat dan Borang Penyertaan.

-GABRIEL KIMJUAN 1.10.2020.

TAMAT.