full moon in dark night sky

Abang
aku tidak mengharapkan
agar kau dapat membawa
cahaya rambulan malam ke kamar tidurku
moga aku terlena dalam dakapan hangatmu
kalau hanya memberikan mimpi indah untukku.

Namun dirimu
tidak terlena dalam pelukan selimut asmaraku
kau sering mengigau dan terigau-igau
dalam zikir tertutup mata kerana risau
sesuap nasi anak-anak kita
aku tidak ingin itu semuanya, bang.

Apalah ertinya bang
jika suami yang aku cintai itu
harus menderita dan bersusah payah
demi aku dan anak-anak yang dicintanya
aku tidak mahu, bang.

Aku hanya ingin melihat kau
tertidur lena di sampingku
aku hanya teringin melihat kau
tersenyum dalam keheningan malam bersamaku
apalah ertinya cahaya rambulan itu.

Yang hanya aku mahu
kau selamat pergi dan balik
demi aku dan anak-anak kita, bang.

Dan hanya yang aku mahu
kau jadi imamku
pada isyak
pada zuhur
pada subuh
pada asar
pada maghrib
sehinggakan dapat melihat cucu kita, bang
sebelum senja menjemput kupergi
buat selama-lamanya, bang.

Oleh:

Nur firdaus faris fitri
Johor, Malaysia.
03.09.2020.

TAMAT.