(Rumah Qaseh)

Di pundakku
sendalkan semangat
dipasak rabung
supaya aku larat
menongkah kederat
menjadi sokong
agar langit tidak rebah
beliung angin tidak menarah.

Hujan atau panas
sama-sama kita redah
sama-sama meratah
dingin nyilu belulang
di setiap tuju arah
haluan.

Kalau bahang membahana
hangatnya biar kita tempa
menyepuh jantung kehidupan
agar sentiasa berdegup
merenih jiwa kita hidup.

Di sepanjang kembara
berastakona cita
walau di setiap penjuru nestapa
kita abadikan ke dalam aroma
Fimardhatillah.

Oleh:

Seri Banang
Catatan Perjalanan
Aku anak Ayah
17092020.

TAMAT.