Tiada ilham untuk tulis puisi kata tuan
aku diam membatu
tanpa beranjak duduk
mengadap tuan.

Tuan bersahaja kupandang, sambil mengeselkan biola
geselan tanpa bunyi
aku cukup tengok
tanpa rasa ingin menari.
Oleh:

Adyra Az-zahra.
PUCHONG, SELANGOR.
SEPTEMBER 12 2020.
KOMEN
[12:49 AM, 9/13/2020] CT Nurza: 👍
[1:05 AM, 9/13/2020] Roslie Sidik: ada dua kesilapan ejaan.
[1:10 AM, 9/13/2020] Adyra Az-zahra: Terima kasih bagi tahu..
[1:11 AM, 9/13/2020] Roslie Sidik: cuba cari dan bagi tahu
[1:12 AM, 9/13/2020] Adyra Az-zahra: Baik..
[1:24 AM, 9/13/2020] Adyra Az-zahra: Menggesek biola..
gesekkan tanpa bunyi
[2:06 AM, 9/13/2020] Roslie Sidik: ada lagi satu
[2:07 AM, 9/13/2020] Adyra Az-zahra: Tak jumpa
[2:07 AM, 9/13/2020] Adyra Az-zahra: Tuan bagitahu ..
[5:40 AM, 9/13/2020] Dr. Ir.Wan Abu Bakar: 👍😊
[7:21 AM, 9/13/2020] Ekhwan Rusli: menghadap?
[7:33 AM, 9/13/2020] Adyra Az-zahra: Tertinggal huruf H.
[7:56 AM, 9/13/2020] Roslie Sidik: Puisi ini dianggap lemah disebabkan tiga perkara:
- Kesilapan ejaan yang tidak wajar dilakukan.
- Pemilihan kata yang sangat kurang tepat di beberapa bahagain.
- Susunan bahasa yang sangat canggung, khususnya stanza kedua.
Runtuh puisi ini kerana terlalu banyak kesilapan dilakukan dalam puisi yang sependek ini.
[7:57 AM, 9/13/2020] Adyra Az-zahra: Baik
[7:58 AM, 9/13/2020] Dr. Ir.Wan Abu Bakar: Elok dikomen dengan spesifik baru pembaca nampak maksud pengulas.
[8:00 AM, 9/13/2020] Dr. Ir.Wan Abu Bakar: Pemilihan dan susunan kata dlm sajak kekadang dibuat penulis atas sebab-sebab tertentu.
[8:03 AM, 9/13/2020] Roslie Sidik: berul seperti seorang pelukis, dia juga boleh melukis atau mewarnakan apa sahaja dengan maksud tertentu. Tetapi kadang kala boleh terkesan ‘tidak kena’ dengan lukisannya.
[8:04 AM, 9/13/2020] Dr. Ir.Wan Abu Bakar: Contoh: Ada pembaca yg mengatakan saya tersilap apabila menulis: “Mohonkan doa utk saya di hari-hari pergi”. Katanya, sepatutnya: “Mohonkan doa untuk saya di hari pergi” sbb orang “pergi” hanya sekali. Sebenarnya dia memahami ayat itu lain daripada yg sy maksudkan.
[8:05 AM, 9/13/2020] Roslie Sidik: Saya komen point 1 mengenai ejaan.
- Dua kesilapan- mengeselkan
mengadap
[8:06 AM, 9/13/2020] Roslie Sidik: gesel- pemilihan kata itu masih boleh diterima tetapi cuai dalam ejaan ‘mengeselkan’. Kecuaian ini tidak dapat diterima.
[8:08 AM, 9/13/2020] Roslie Sidik: mengadap- ini berlaku bukan kerana kecuaian kerana penulis tidak mengesannya. Kesilapan ini berlaku kerana penulis terbiasa dengan bahasa pertuturan ‘mengadap’ dan bukan bahasa standard. Kesilapan ini juga sukar diterima.
[8:11 AM, 9/13/2020] Roslie Sidik: Untuk point 2 dan 3, saya sekadar memberikan pandangan umum. saya yakin penulisnya akan menemui sendiri atau menyedari kelemahan ini. Seandainya saya bongkar dengan spesifik, akan ‘runtuh’ karya ini.
[8:19 AM, 9/13/2020] Roslie Sidik: Kalau seseorang jngin menyanyi untuk suka-suka, dia boleh menyanyi apa sahaja utk dirinya asalkan tidak di tempat umum. Golongan ini hanya menganyi dalam bilik air atau di dapur.
[8:20 AM, 9/13/2020] Roslie Sidik: Seandainya, ingin menyanyi di atas pentas untuk menjadi seorang penyanyi, dia harus menyanyi dengan kesungguhan dan penuh persediaan.
[8:21 AM, 9/13/2020] Roslie Sidik: Begitu juga dengan seorang penulis. Menulis suka-suka atau ingin menulis sebagai seorang penulis.
[8:25 AM, 9/13/2020] Jolatif Brunei: pandangan yang menarik☝🏼
[8:25 AM, 9/13/2020] Roslie Sidik: kesungguhan penulis khalayak boleh melihatnya dengan jelas ‘can see through’.
[8:31 AM, 9/13/2020] Roslie Sidik: saya ingin beri contoh dua penulis di sini yang menunjukkan kesungguhan setiap kali menghasilkan karya dan hasilnya karya-karya mereka bermutu tinggi.
[8:31 AM, 9/13/2020] Roslie Sidik: 1. Ibnudin Ct Nurza.
[8:34 AM, 9/13/2020] Naimisa2013: 👀
[8:34 AM, 9/13/2020] Roslie Sidik: 1. 99.9% karya mereka tidak akan anda temui kesilapan ejaan. - Keduanya sebagai penulis biasa sentiasa mencabar diri mereka dengan menunjukkan keluasan kosa kata dan ketepatan diksi.
[8:35 AM, 9/13/2020] Roslie Sidik: Pencapaian ini berlaku bukan kerana bakat tetapi kerana kesungguhan. Keduanya secara konsisten mempunyai displin yang tinggi dan memperlihatkan kesungguhan mereka dalam berkarya.
[8:37 AM, 9/13/2020] Roslie Sidik: saya tidak mengenali Ibnudin dan CT Nurza secara peribadi tetapi sekadar mengenali karya-karya mereka dan pujian saya ikhlas.
[8:46 AM, 9/13/2020] Roslie Sidik: Mungkin Dr Irwan masih ingat, kerika Fahd Razy mula-mula menulis, kerika itu beliau seorang mahasiswa kedoktoran di Ireland dan sering membuat posting puisinya di e sastera.
[8:47 AM, 9/13/2020] Oui Sal: Mereka semua gifted-talent
[8:48 AM, 9/13/2020] Roslie Sidik: sejak awal penceburannya dalam penulisan, saya menghayati karya karyanya di esastera dan mengangkat beliau sebagai seorang penulis yang paling berbakat besar.
[8:49 AM, 9/13/2020] Roslie Sidik: dan Dr Fahd Razy memenangi banyak pertandingan penulisan dan kini merupakan antara penulis yang paling berjaya.
[8:54 AM, 9/13/2020] Roslie Sidik: saya juga mengangkat karya karya Pak Ah Karim, Aziz Zabidi dan Aa Mansyur (Indonesia) seawal esastera.
[8:55 AM, 9/13/2020] Ibnu Din Assingkiri 2020: saya ada tips utk menulis berdasarkan pengalaman sendiri. kalau sesuai silakan diambil. semoga bermanfaat.
[8:55 AM, 9/13/2020] Ibnu Din Assingkiri 2020: proses saya menulis puisi.
-tidak tunggu ilham datang. buru idea melalui pembacaan/’exposure’ kpd ilmu via pelbagai media,
-tulis idea/ilham dlm bentuk prosa,
-pangkas ke bentuk puisi/sajak dll,
-peram semalaman, esok edit dgn MATA & FIKIRAN segar. masa edit baca dgn kuat. boleh ‘dengar’ kesilapan jika dibaca kuat. kalau baca dlm hati, mungkin terlepas.
-edit lagi sampai puas hati. perlu berlaku KEJAM dgn karya sendiri; memangkas dan menambahbaik berkali-kali, sampai puas hati.
-selesai.
*edit kendiri amat penting sebelum buat posting di media. jangan GOPOH posting di media sebelum diperam dan edit kendiri berkali-kali.
semoga bermanfaat.
IbnuDinAssingkiri
[8:56 AM, 9/13/2020] Roslie Sidik: wow terima kasih ibnudin. pasal bab ‘peram’- ramai penulis yang gopoh. Proses ini sangat penting.
[8:56 AM, 9/13/2020] Ibnu Din Assingkiri 2020: sama²
[8:57 AM, 9/13/2020] Oui Sal: Ya zaman skrg ramai penulis tak sabar
[8:58 AM, 9/13/2020] Oui Sal: Sy akan guno ilmu ini
[8:58 AM, 9/13/2020] Roslie Sidik: Pak Ah Karim mempunyai keistimewaan tersendiri, sentiasa melihat dunia menerusi lensanya yang unik. Sehingga kini, karyanya masih sebegitu. Sentiasa unik. Tetapi menarik
[9:00 AM, 9/13/2020] Roslie Sidik: Aziz Zabidi seorang penulis yang holistik, agak lengkap. Intelek dan kreatif sama tinggi. Karya karyanya dalam dan tidak dangkal. Sayangnya, saya kurang mendengarnya. Ada sesiapa kawan baik beliau di sini?
[9:01 AM, 9/13/2020] Oui Sal: Tak kenal
[9:02 AM, 9/13/2020] Naimisa2013: 👍🏻
[9:03 AM, 9/13/2020] Roslie Sidik: Aa Mansyur penulis yang karyanya mempunyai aura ‘gentleman’, sentiasa tersusun indah, smooth dan membawa perspektif yang segar dalam penulisan.
[9:07 AM, 9/13/2020] Roslie Sidik: Menerusi esastera, kami bergabung untuk mempersembahkan karya kami.
[9:52 AM, 9/13/2020] Nur Firdaus Faris Fitri Kulai Johor: Waaahhhh buka whats app jer pagi ini
Banyak komen dan soal balas kalian, ,
Best menarik hujjah
Tuan @Dr. Ir.Wan Abu Bakar
Tuan @Roslie Sidik
berkaitan, tentang doa berbalas lukisan
Terima sudi berpandangan isu
Menarik.
Pagian jua.
[10:23 AM, 9/13/2020] Dr. Ir.Wan Abu Bakar: Gaksa sedang mengusahakan hal yg serupa. Antologi cerpen pertama kita sudah siap dicetak: berjudul “x+/- KaTaBaKu”. Antologi kedua akan muncul tidak lama lagi.
[10:25 AM, 9/13/2020] Dr. Ir.Wan Abu Bakar: Antologi puisi Volum 1-5 siap dicetak. Volum 6 dan 7 sedang disiapkan susunannya.
[10:25 AM, 9/13/2020] Oui Sal: Dah cukup penulis ke volum 6 dan 7 tu
[10:26 AM, 9/13/2020] Dr. Ir.Wan Abu Bakar: Volum 6 sudah siap, tetapi masih menunggu Resensi. Volum 7 masih perlukan beberapa penulis lagi.
[10:28 AM, 9/13/2020] Dr. Ir.Wan Abu Bakar: Kalau boleh penulis dari luar Malaysia.
[10:29 AM, 9/13/2020] Oui Sal: Yup
[10:34 AM, 9/13/2020] Jenny O – Buku Puntone Umi Niaz: Sabar menunggu di sini.
[10:52 AM, 9/13/2020] CT Nurza: 👍👍👍Proses penapaian penting untuk bagi karya masak, seperti kata Allahyarham Pak Malim Ghozali PK dalam bengkel penulisan yang pernah saya hadir. Tulis sahaja apa yang terlintas. Kemudian bila siap baca berkali2. Peram dan edit sehingga kita sendiri berpuas hati.
[10:53 AM, 9/13/2020] Oui Sal: Bagus amo ikut idea ini
[10:54 AM, 9/13/2020] CT Nurza: Amo pun baru belajar dengan Pak Malim hari tu…😊
[10:55 AM, 9/13/2020] Oui Sal: Betul dah tu idea baik
[11:29 AM, 9/13/2020] Isbedy Stiawan Zs Negeri Poci: Sya sepakat dg @Dr. Ir.Wan Abu Bakar , baik-buruk sebuah puisi bukan semata ditentukan olh ejaan yang khilaf maupun pilihan kata (diksi) yg tak tepat.
Soal typo, sya pernah membaca sebuah esai (lupa penulisnya) salah menulis (typo) justru membawa berkah. Hehe
[11:30 AM, 9/13/2020] Adyra Az-zahra: baik
[11:39 AM, 9/13/2020] Isbedy Stiawan Zs Negeri Poci: puah! kau jadi…
https://youtu.be/WgygJ0cBJnw
[11:40 AM, 9/13/2020] Roslie Sidik: saya tak membaca masukan dr irwan tttg baik buruknya puisi bukan pada ejaan atau diksi?
[11:42 AM, 9/13/2020] Roslie Sidik: salah typo atau salah mengeja…dua hal yang sangat berbeza.
[12:31 PM, 9/13/2020] Dr. Ir.Wan Abu Bakar: BATU CAIR
Seketul batu
Keras pejal
Berdiri teguh
Di pinggir tasik.
Hujan menitis
Lembut melurut.
Masa berlalu
Terolah batu
Dibentuk sekehendak
Hujan yang lembut.
-Irwan Abu Bakar.
Ipoh, Perak, Malaysia.
12.09.2010.
[12:31 PM, 9/13/2020] Mukti Jayaraksa: Sehat slalu pak prof
[12:32 PM, 9/13/2020] Dr. Ir.Wan Abu Bakar: Alhamdulillah.
[12:33 PM, 9/13/2020] Dr. Ir.Wan Abu Bakar: *2020
[12:50 PM, 9/13/2020] Wacana Minda Prof Dato Rahman: ILHAM
Tiada ilham untuk tulis puisi kata tuan
aku diam membatu
tanpa beranjak duduk
mengadap tuan.
Tuan bersahaja kupandang, sambil mengeselkan biola
geselan tanpa bunyi
aku cukup tengok
tanpa rasa ingin menari.
Salam Kasih
Adyra Az-zahra
PUCHONG SELANGOR
SEPTEMBER 12 2020
- Puisi ini indah jika dihalusi dari aspek majasnya. Dua kesalahan ejaan boleh ditambah baik meskipun kadang kala ada khalayak yang akan menanggapinya sebagai licentia poetica. Subteks di sebalik puisi ini menarik untuk dihalusi. Dua watak diketengahkan, ‘aku’ dan ‘tuan’. Penulis cuba menggambarkan bahawa beliau cuba menjadikan watak tuan sebagai sumber inspirasi. Ketuanan memang sering menjadi simbol yang menarik dalam genre kepengarangan zaman-berzaman. Stanza
/tuan menggesel bo…
[1:12 PM, 9/13/2020] Adyra Az-zahra: Terima kasih adik….
ilham yang hadir dari hati
terus sampai ke hati
Lain orang lain caranya
[1:15 PM, 9/13/2020] Adyra Az-zahra: MAAF YEA TUAN
Terlupakah aku
atau buat-buat lupa pabila
sesudu gula tanpa
aku tambah dalam bait-bait puisiku
terlupakah aku
atau mungkin aku buat-buat lupa
secubit garam tanpa aku masukkan
pabila aksaraku untuk hidangan tuan
maaf yea tuan
puisiku tawar hambar bagai segelas
air putih kosong
sepeket santan tak sempat aku
campurkan untuk tuan merasai
lemak manisnya
maaf yea tuan
puisiku hanya sekadar saja.
Salam Kasih
ADYRA AZ-ZAHRA
PUCHONG SELANGOR
SEPTEMBER 13 2020
[1:31 PM, 9/13/2020] Nur Firdaus Faris Fitri Kulai Johor: Macam anak daralaaahhh prof
Senyuman mu
Penuh dengan keriangan
Solah mendengar kahbar
Di pinang teruna idaman
Lain macam senyuman
Baru yang keras pun
Boleh cair prof
Jika melihat mu 😊
[1:32 PM, 9/13/2020] Nur Firdaus Faris Fitri Kulai Johor: Macam anak daralaaahhh prof
Senyuman mu
Penuh dengan keriangan
Solah mendengar kahbar
Di pinang teruna idaman
Lain macam senyuman
Batu yang keras pun
Boleh cair prof
Jika melihat mu 😊
[2:26 PM, 9/13/2020] Dr. Ir.Wan Abu Bakar: 😅
[4:06 PM, 9/13/2020] Ibnu Din Assingkiri 2020: IRONI TENTANG KERUSI
Kerusi bagimu
sebagai alat catur strategi;
tapak lompatan paling licik!
Bagiku pemangkin iftirasy,
realisasi sujud di lantai kaca.
Simpang Ampat, Pulau Pinang
12 September 2020
IbnuDinAssingkiri
[4:21 PM, 9/13/2020] Roslie Sidik: sebuah apresiasi yang baik daripada penulisnya berdasarkan imaginasinya.
[4:22 PM, 9/13/2020] Roslie Sidik: bukan berdasarkan karya.
[4:22 PM, 9/13/2020] Roslie Sidik: maaf kritikan itu membina.
[4:22 PM, 9/13/2020] Roslie Sidik: ubat tidak ada yang manis.
[4:25 PM, 9/13/2020] Roslie Sidik: motivasi kepada penulis ialah apabila karyanya dinilai sejujurnya…as it is.
[4:25 PM, 9/13/2020] Oui Sal: Ada manis Panadol kanak kanak
[4:26 PM, 9/13/2020] Roslie Sidik: makanlah sampai tua panadol budak tu..,
[4:26 PM, 9/13/2020] Roslie Sidik: bula penulis nak mendewasa
[4:27 PM, 9/13/2020] Roslie Sidik: menari …imbuhan ‘me’.
[4:28 PM, 9/13/2020] Roslie Sidik: berilah teguran supaya penulis kita menjadi lebih dewasa. walaupun pahit, dia akan jadi lebih baik.
[4:30 PM, 9/13/2020] Roslie Sidik: The term poetic license describes the freedom an artist or writer has to change details, distort facts, or ignore the usual rules — especially if the art they produce is better as a result.
[4:31 PM, 9/13/2020] Roslie Sidik: belajar dulu apa yang dipanggil poetic licensing.
[4:31 PM, 9/13/2020] Roslie Sidik: kesalahan ejaan poetic licensing. budak sekolah baca pun gelak.
[4:34 PM, 9/13/2020] Roslie Sidik: poetic licensing ke bila eje begini. kan penulis tersilap. kita harus tegur.
[4:40 PM, 9/13/2020] Nur Firdaus Faris Fitri Kulai Johor: Maaf sekadar berkongsi
Ada pengajaran
[4:56 PM, 9/13/2020] Wacana Minda Prof Dato Rahman: Setiap orang berhak mengemukakan pandangan. Jika tuan membaca ulasan saya, saya mengkritik berdasarkan karyanya. Langsung tidak menyentuh peribadinya. Tentang ejaan ‘poetic licensing’ tiada masalah untuk tuan gelak. Jika tuan kaji dengan teliti ‘poetic licensing’ juga ditulis ‘licentia poetica’.😊
[4:58 PM, 9/13/2020] Roslie Sidik: alahai
[4:58 PM, 9/13/2020] Wacana Minda Prof Dato Rahman: Saya melihat tuan banyak menegur bab ejaan. Tapi maafkan saya, tuan sendiri seolah-olah tidak mengamalkan bahasa Melayu Tinggi dengan beberapa kesalahan kecil ejaan, contohnya ejaan “eje”. Ini sepele aja dong. 😁
[4:59 PM, 9/13/2020] Roslie Sidik: licentia poetica tu bahasa latin
[4:59 PM, 9/13/2020] Roslie Sidik: hahahah eje tu typo
[5:00 PM, 9/13/2020] Roslie Sidik: dan saya tak tulis cerpen atau puisi …tulis eje. ini watsapp platform
[5:00 PM, 9/13/2020] Wacana Minda Prof Dato Rahman: Haha, bila ada kesilapan bab tuan typo.😂😂 tak apa. Diterima. 😂👍👍👍
[5:00 PM, 9/13/2020] Roslie Sidik: pergi belajar lagi sastera
[5:01 PM, 9/13/2020] Roslie Sidik: childish hujah awak
[5:01 PM, 9/13/2020] Roslie Sidik: kebudak budakan
[5:01 PM, 9/13/2020] Roslie Sidik: outdated
[5:02 PM, 9/13/2020] Wacana Minda Prof Dato Rahman: Jadi istilah ini diterima. Di Malaysia istilah ini diterima dan sering digunakan dalam penulisan. Tiada masalah.😁
[5:02 PM, 9/13/2020] Roslie Sidik: kalau saya tulis esei sastera, saya tulis ‘eje’ tegurlah brother
[5:03 PM, 9/13/2020] Wacana Minda Prof Dato Rahman: Haha. Kita dalam proses belajar ini. Sambil saya baca ulasan tuan, saya turut belajar mendalami sastera. 😁
[5:03 PM, 9/13/2020] Roslie Sidik: brother, poetuc licence tu bahasa inggeris ,icentia poetica itu bahasa latin. dua dua samalah.
[5:04 PM, 9/13/2020] Roslie Sidik: yang saya cakap konsep poetic licensing itu yang awak kurang fahami.
[5:05 PM, 9/13/2020] Wacana Minda Prof Dato Rahman: Cuba tuan lihat ini. Sekarang tuan kata dua-dua boleh diterima pula. Tiada ketekalan ni tuan dalam berhujah.😁
[5:05 PM, 9/13/2020] Roslie Sidik: masya allah.
[5:06 PM, 9/13/2020] Roslie Sidik: tidak mengapa, khalayak yang lain membacanya faham maksud saya.
[5:06 PM, 9/13/2020] Roslie Sidik: mungkin awak baca perlahan-lahan.
[5:06 PM, 9/13/2020] Roslie Sidik: supaya faham.
[5:08 PM, 9/13/2020] Wacana Minda Prof Dato Rahman: Tuan nan budiman lagi berpengalaman, berhujah sahaja secara akademia. Kenapa perlu ada perkataan ‘childish’, ‘outdated’ dan ‘masya-Allah (ini ejaan yang betul)’.
Saya seronok berhujah dengan tuan sambil timba ilmu. Selamat berkenalan tuan.😁
[5:08 PM, 9/13/2020] Roslie Sidik: dalam hujah tuan, tuan seolah-olah mengatakan bahawa kesilapan ejaan itu boleh juga dikira sebagai poetic licensing.
[5:09 PM, 9/13/2020] Roslie Sidik: saya katakan, seandainya kesilapan ejaan itu poetic licensing, kalau ejaan yang dalah budak sekolah rendah pun boleh sedar, itu bukanlah poetic licensing. budak sekolah rendah pun ketawa.
[5:11 PM, 9/13/2020] Roslie Sidik: saya taklah mengatakan ejaan awak yang salah tentang licentia poetica.
[5:11 PM, 9/13/2020] Roslie Sidik: harap jelasnya penerangan saya.
[5:12 PM, 9/13/2020] Roslie Sidik: maaf, tetapi kenyataan ini memang childish.
[5:12 PM, 9/13/2020] Wacana Minda Prof Dato Rahman: 👆Baca betul-betul tuan tuan nan cendikiawan. /meskipun kadang-kala ada khalayak menanggapinya sebagai licentia poetica/. Fahami dulu ayat ini sebelum bahaskan.😁
[5:13 PM, 9/13/2020] Roslie Sidik: baca semula karya yang asak kritik berdasarkan ilmu, sejujurnya perlu ke hujah sebegini.
[5:14 PM, 9/13/2020] Wacana Minda Prof Dato Rahman: Khalayak – bukan saya. Cuba tuan baca betul-betul resensi saya. Tiada langsung sentuh peribadi. Hanya ulas karyanya.
[5:14 PM, 9/13/2020] Roslie Sidik: saya akan terima hujah ini, ada exceptional atau kekecualian.
[5:14 PM, 9/13/2020] Roslie Sidik: saya pun tak oernah cakap peribadi
[5:15 PM, 9/13/2020] Roslie Sidik: come on lah rujuk karya
[5:15 PM, 9/13/2020] Roslie Sidik: rujuk karya yang dibaca bukan ceduk teori dan cut and paste
[5:16 PM, 9/13/2020] Rois 2020: Diskusi yang menarik. Saya menikmati. Ada satu soalan yang kini hendak saya ajukan, di luar apa yang didiskusikan, mohon izin. Sekarang kita menghadapi masalah penyebaran/pengiriman antarbangsa. Masa Covid 19 ini, tiada sesiapa dapat menerka sampai bila. Apa kiranya yang dapat kita lakukan kini?
[5:17 PM, 9/13/2020] Roslie Sidik: saya rasa ikhlas resensi tulisan tuan itu elok dari sudut akademik. Juka ditinjau dari sudut fornat pengolahannya.
[5:19 PM, 9/13/2020] Roslie Sidik: tetapi hanya ada satu perkara…”over reading”.
[5:19 PM, 9/13/2020] Wacana Minda Prof Dato Rahman: Lihat komen tuan ini, tuan pasti sangat arif tentang disiplin ilmu kritikan. Dalam hal ini tuan membuat kritikan menyentuh peribadi apabila mengandaikan itu kebiasaan hariannya. Apabila tuan mengatakan saya ‘childish’ dalam berhujah, itu juga menyentuh karakter. 😁 Seolah-olah tuan begitu mengenali karakter setiap orang di dalam grup ini.😁
[5:20 PM, 9/13/2020] Roslie Sidik: awak terlalu banyak buat andaian dalam penulisan…making a lot of assumptions…tengang makna puisi itu berdasarkan pengetahuan sendiri dan bukan apa yang ditulis oleh penulis puisi itu.
[5:21 PM, 9/13/2020] Roslie Sidik: ceburi bidang kritikan dulu, nanti awak akan fahami.
[5:22 PM, 9/13/2020] Wacana Minda Prof Dato Rahman: Haha. Apa hujah tuan mengatakan saya ‘ceduk’ teori? Ini juga persepsi. Saya menulis berdasarkan hasil penulisan beliau berdasarkan sedikit ilmu di dada saya berbanding tuan.😁
[5:22 PM, 9/13/2020] Roslie Sidik: komen saya ini bertujuan untuk menasihati penulis untuk berhati hati dalam ejaan. kesilapan ejaan boleh dilakukan apabila kita terbiasa dengan bahasa pertuturan.
[5:22 PM, 9/13/2020] Dr. Ir.Wan Abu Bakar: Memang sedih bagi kami juga. Semoga keadaan Covid bertambah baik di Indonesia, insya-Allah @Rois 2020
[5:23 PM, 9/13/2020] Roslie Sidik: saya menunjukkannya arah di mana penulis itu boleh tersilap.
[5:23 PM, 9/13/2020] Rois 2020: Aamiiin, Prof. Semoga segera selesai. Dua buku kita tak boleh kirim ke Malaysia untuk saat-saat ini.
[5:24 PM, 9/13/2020] Roslie Sidik: maaf, saya akan hentikan hujah mengenai puisi ini. saya sudah buat saranan
[5:24 PM, 9/13/2020] Wacana Minda Prof Dato Rahman: Turut berdukacita. Sahabat baik saya, Bapak Wali Kota Banjabaru, Najmi Adhani turut terkorban menjadi mangsa Coronavirus. 😢
Roslie Sidik left
[5:26 PM, 9/13/2020] Wacana Minda Prof Dato Rahman: Seronok berkenalan dan berwacana dengan tuan. Nanti ke Singapura, kita ‘ngeteh’. 😁
[5:26 PM, 9/13/2020] Dr. Ir.Wan Abu Bakar: Innalillahi wainna ilaihi rojiun.
[5:26 PM, 9/13/2020] Rois 2020: Semoga segera sembuh. Aamiin. Kita semua jaga diri. Jaga emosi agar imunitas kita baik dan dapat menangkal penyebaran wabak ini
Ismail Hashim 019 left
[5:29 PM, 9/13/2020] Rois 2020: Yupz. 😎 Wacana begini, boleh kita bawa santai sambil ngeteh. Di sini, sebab ruang komunikasi terbatas, agak kurang memadai diskusi secara mendalam. Diskusi-diskusi kecil, berbagi kabar, berbagi karya, kiranya masih boleh dibuat. Apapun, tetap jaga persaudaraan kita. 😎
[5:30 PM, 9/13/2020] Wacana Minda Prof Dato Rahman: Prof. Irwan selaku admin. Maafkan saya, saya berwacana sambil timba ilmu sahaja. Tak simpan di sini. Soal karya bukan peribadi. Tapi Tuan Rosli dah left pula. Baru nak berukhwah.
[5:30 PM, 9/13/2020] Adyra Az-zahra: Terima kasih atas semua komen2 yang membina…🙏🙏🙏
[5:30 PM, 9/13/2020] Wacana Minda Prof Dato Rahman: Ralat: Tak simpan di hati.
[5:31 PM, 9/13/2020] Wacana Minda Prof Dato Rahman: Iya. Benaran dong. Sepele aja gini. Permisi dulu ya. Mau minum kopi.😁
[5:32 PM, 9/13/2020] Rois 2020: ☕☕☕
[5:36 PM, 9/13/2020] Wacana Minda Prof Dato Rahman: Mohon Prof. Irwan add kembali Tuan Rosli. Saya berwacana dengan tujuan mencari ilmu sahaja. Seronok berdiskusi tanpa prejudis. Beliau orang lama dalam grup ini, jadi elok Prof add beliau kembali. Saya orang baharu.
Jangan risau saya tak kecil hati. Jika ada apa-apa sahabat-sahabat boleh hubungi saya secara personal.
Salam ukhuwah.
- Wacana Minda-
[5:37 PM, 9/13/2020] Wacana Minda Prof Dato Rahman: Terima kasih sekalung budi atas segala perkongsian dan ilmu.😊
Wacana Minda Prof Dato Rahman left
[6:11 PM, 9/13/2020] CT Nurza: Ala janganlah merajuk WC & Cikgu Ros. Kita anggap ini satu perbincangan dan perbahasan yang sihat. Terasa hambarlah group bila insan2 berilmu keluar dari sini. Kamilah yang terasa rugi. Saya fikir apabila sesebuah karya itu dapat menarik perhatian untuk dibicarakan, ia merupakan sebuah karya yang bagus sebab ada pembaca dan peneliti. Tahniah! Kepada penulisnya. Saya syorkan Prof. Added kedua-dua mereka di dalam group ini. Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh… haa gitu… 😊😊
[6:22 PM, 9/13/2020] Ibnu Din Assingkiri 2020: selalunya org left grup (dgn sengaja), takkan masuk balik. saya pun sama. kita kena hormat pilihan orang. ✌️✌️✌️
[6:29 PM, 9/13/2020] CT Nurza: CT dah suruh mereka berdamai. CT foward mesej di atas. Alhamdulillah, dua2 okay jika Prof added kembali…😊
[6:49 PM, 9/13/2020] Nur Firdaus Faris Fitri Kulai Johor: Kekadang susah juga yeaahh
Nak jadi orang bijaksana,,
Kerana nak memuaskan orang bijaksini pun
Kekadang pun kita harus bijaksana-sini..
TAMAT.