Natural Animal: HELANG

Seperti helang, memandang tajam, di celah lereng turun ke lembah, menjauh sampai ke bibir pantai, identitinya sudahpun berubah tanpa bin ataupun binti, bukan lagi anak perempuan atau anak lelaki

Seperti helang ralit mendengar
seloka menang sorak kampung tergadai
Kisah teladan Nasib Pak Lebai Malang
di celah rimbun daun buluh
perdunya tidak lagi berjanji tumbuh
merecup betong menjadi pahlawan
melainkan rebung dibuat santapan

Bukit ini,
Liangnya besar menguburkan marwah tempat suara dicekik mati
kebenaran ditutup susun rapat pokok-pokok
berdiri segak balau dan jati
ada merbau ada cengal
ada tembusu ada meranti
juga ketapang jadi hiasan

Bukit ini mengharap
akar biar berselirat menjadi benteng
cerun tidak runtuh
bukit tetap kukuh
teras bertambah ampuh

Tetapi di sini
pokok-pokok rebah sendiri
tunjangnya meracun diri
bukan dipaksa, sebaliknya rela
mati untuk kroni,
demi ilalang
dibiar tinggi melepasi pagar

Bukit ini tanahnya hanyir
Disiram peluh pendatang asing
Daun-daun menjadi gugur
Lalu disapu
supaya jelas nampak alamat
hak milik di cacak
lantai tanah ruang hadiah
diberi ke orang
untuk jasa memperkosa
daulatnya bumiku dalam merdeka

Inikah wajah barumu Malaysia
Walau sebentar datang meyinggah
seperti helang dipaksa diam
menjadi batu menyambut tetamu
tujuh keturunan berlalu
tujuh lagi mungkin bersambung
entah nanti bertukar tempat bernaung
Suara Malut semakin hilang
Penyap digondol sumpah derhaka
Dan helang-helang
Tidak lagi mampu terbang.

Oleh:

Seri Banang
16092020
Catatan perjalanan
Aku Anak Malaysia
Kuah, Langkawi.

KOMEN

bagus falsafah dlm. sajak ni. –Ibnu Din Assingkiri.

Kisah Bukit Malut Menyedihkan. Siapa yg berani buat sesuatu? Keturunan Org Langkawi asli hanya akan menggigit jari seratus tahun lagi… Tahniah Seri Banang – Ahkarim.

[10:00 PM, 9/16/2020] Dahrie: Projek Melayu Islam Kedah bikinan warga mas 95 tahun tu. [10:01 PM, 9/16/2020] Dahrie: orang2 rohingya dibawa masuk dan diberi tempat khas disitu. akhirnya jd sebuah penempatan besar yg tidak terkawal.

Terima kasih Tuan Abd Halim… Siri Bukit Malut sudah pun bersambung ke Taman Nilam. Saya hanya mencari harumnya kenangan lalu, memunggut siput di celah bakau, di kejar babi bertempiaran lari memanjat bakau.. Tapi yg ada sekarang pengalaman yang lebih menakutkan. –Seri Banang.

[10:17 PM, 9/16/2020] Ahkarim: betul dahrie. [10:19 PM, 9/16/2020] Ahkarim: Saya pernah ke sana, juga taman nilam. [10:20 PM, 9/16/2020] Ahkarim: Bukan org rohingya, melayu Burma.

[10:26 PM, 9/16/2020] Dahrie: projek ic
[10:27 PM, 9/16/2020] Dahrie: sama mcm di sabah dan sempadan siam kelantan.

[6:55 AM, 9/17/2020] Muhd Zakir:
Langkawi Tanah Langka,
Sri Purba Dewa,
Tanah nya terpisah Saudaranya,
Selamat tinggal Pulau Tertua,
Jua Pulau Putra,
Siam Mongkut merampas Pulau Tertua dan Pulau Tertua,
Jadilah Koh Taratoa dan Koh Phetra….
[7:03 AM, 9/17/2020] Muhd Zakir: Alhamdulillahalalamien, apabila Puan Seri Banang menyatakan kaitan Bukit Malut, saya terkenang kisah purba seribu tahun di Pulau Langkawi, dahulu dikenali sebagai Pulau Langkapuri.

Almarhum Tunku Sulaiman Shah ibn Almarhum Sultan Muzaffar Shah 1, Putera Sultan Kedah pertama memeluk Islam dilantik sebagai Laksamana Kedah berpusat di Langkawi.

Langkawi jua sebagai pusat maritim Kedah mengawal jajahan takluknya hingga ke Mergui (kini, Myanmar@ Burma), Phuket (Bukit), Pulau Tertua@ Koh Taratoa (kunun tempat Garuda, Pulau Putra@ Koh Phetra, Pattalung (Tenggalung), Satun (Setul), Trang (Terang) dan pesisir Pulau Andaman.

Pada tahun 1909, Perjanjian Bangkok antara Kerajaan British Dan Siam ( Thai) , pihak British iktiraf bahawa Tabal di Kelantan diserahkan pada Siam ( Thailand) , termasuklah Sayuh @ Sadoa ( Kedah), Setul ( Satun ), Tenggalung ( Pattalung), Pulau Tertua ( Taratoa), Pulau Putra ( Phetra), Pulau Bukit ( Phuket), Terang ( Trang) dan jajahan takluk Kedah bermula dari Perlis, Sadoa dan utara laut Langkawi. Selat Pak Perak di sempadan Myanmar @ Burma @ Bagan diserahkan pada British yang mentadbir Burma selepas Perang Burma – Inggeris III.

Seri Banang: Adakah gila kataku tuan, marin itu hanya sejengkal jauhnya dari Bukit Malut. Aku cuma membayangkan seluruh warganya seperti patung-patung di Terracotta. Andai hati tidak terdetik, andai hati tidak menangis melihat Malut adalah hati yang hilang perasaan..

Aku hanya mencatat perjalanan kerana sering pergi dan pulang. Juga pernah mencanai kenangan.

[7:22 AM, 9/17/2020] Muhd Zakir: Sebahagian besar tanah di Langkawi milik mendiang Loh Boon Siew, pengasas Syarikat pemasaran motorsikal Bonn Siew- Honda. [7:23 AM, 9/17/2020] Muhd Zakir: Terima kasih Puan Seri Banang yang menulis kisah Bukit Malut. Sekarang menjadi Padang golf dan berubah lanskapnya.

Seri Banang: Sama-sama Tuan.. Sekadar rakaman sebuah hati yang bimbang bumi dipijak milik orang.

Hatiku rawan melakarkan separuh Langkawi milik Mendianh dan hampir separuh lagi bukan milik asli yang asal, hanya berapa kerat dapat kuhitung sejarah yang tertinggal…

🙏🏿🙏🏿🙏🏿Maaf semua atas luahan rasa.. Sayangilah Langkawi bukan hanya kerana Mahsuri yang telah pergi menjadi cerita dari mulut ke mulut.😔😢

TAMAT.