Aku dan September
kamu dan dia
hadir di penjuru masa
tanpa tersusun kata
melamar hati
aku malam September
bagai mengiakan
satu pertemuan
tiada kata yang pasti
namun
aku September
kamu dan dia
malam menunaikan janji
indah dalam tautan kasih
bersama.

Oleh:

ADYRA AZ-ZAHRA
KUALA LUMPUR
16 SEPTEMBER 2020

TAMAT.