Menurut kamus Cambridge, “tindakan penulis mengubah fakta dan peraturan (tatabahasa) untuk jadikan cerita atau puisi lebih menarik dan berkesan.” (“the act by a writer or poet of changing facts or rules to make a story or poem more interesting or effective.”)

Contoh: ‘dihati’ (tanpa jarak), yang betul ialah ‘di hati’ (dengan jarak).

Kenapa saya tak tulis ‘di hati’ (dgn jarak) tapi saya tulis ‘dihati’ (tanpa jarak)?

Saya pakai licentia poetica (LP) atau poetic licence untuk menunjukkan betapa dekatnya di hati sampai langsung tiada jarak = ‘dihati’ (dekat hampir melekap tapi belum tertancap).

Inilah salah satu contoh LP, iaitu perlanggaran tatabahasa yang dibolehkan atas lesen puitik penulis.

Asalkan ada alasan, boleh saja. Akan tetapi jika saja-saja dan tiada beralasan, makanya tak boleh dipakai. Dalam kata lain, LP bukan utk suka-suka dan berwenang-wenang.

Semoga bermanfaat.

Oleh:

Ibnu Din Assingkiri.
Penang, MALAYSIA.

TAMAT.