Tuhan
ketika harapan terkunci
Engkau sembunyikan hakikat
dan kasih sayang
yang tak pernah hilang
ke dalam doa yang merunduk ihsan.

Seperti musa dan khaidir
atau seperti yunus dalam perut nun
akhirnya mereka kembali
pada kebenaran yang disimpan oleh pengajaran.

Oleh:

Ghazali Sulong.
Rantau Panjang, Kelantan, MALAYSIA.
27042020.

TAMAT.