
Bila-bila saja bayangan Cleopatra moden akan pulang,
berwajah panglima dunia
membelah daratan ini
lalu menguasainya
bawa watikah cinta
1001 malam
akan ada watak dibunuh
dalam kota yang retak
diskriminasi jalang menjalar
kredibiliti dan
karakteristik hero boleh jadi hilang
tiada penganti dewasa
heroin Cleopatra berdiri megah
jadi raja
petanda hari-hari akhir dunia.
Oleh:
Jolatif.
Brunei Darussalam.
24 Ogos 2020.
TAMAT.