
Aku anak-anak yang merdeka. Terlahir dari keturunan bangsa yang dulu pernah bersengketa. Bangsa yang menjajah tanah tumpah darahku. Saat dulu biji timah dan besi kami dijadikannya peluruh.Hanya untuk menunjukkan bertapa bernafsunya mereka. Pada anak-anak gadis serumpun kami.
Pokok dan kayu balak ditebang mereka. Sebagai alasan hanya untuk membuat jembatan dan kapal layar saat itu. Kapal layar dan jambatan itu kononnya.Untuk mengerakkan ukhuwah sesama bangsa.Namun mata mereka, mengapa menjeling pada emas dan rantai. Yang terhias di balu-balu perjuang yang mati di medan tempur ketika itu.
Dasar penjajah,
kapalnya hanyalah mengangkut manuskrip bangsa serumpun.
entah di bawa kemana. Rupanya jambatan hanyalah tempat mereka menyeberang dari satu desa kedesa, untuk merompak khazanah sesebuah negara. Sebagai alasan di situ ada penjajah yang sedang bermaharajalela. Yang dia dengar dari bangsa bertali barut uncang di pinggang.
Namun ia terlupa, saat penjajahan bermaharajalela ketika itu. Dari bangsa yang terus bersengketa. Lahirlah sebuah bangsa yang membenci pada sengketa. Terlahirlah seorang demi seorang tokoh pejuang. Di dada mereka terisi erti perjuangan. Pokok dibalingnya menjadi tombak, menghancurkan meriam dari besi. Di dada mereka tersemat darah perjuangan erti sebenarnya. Biji timah dan besi dilontarnya, menjadi rantaian keris pembela seluruh pelusuk nusantara. Hanya berbekalkan keris dan ilmu didada. Mereka dapat membela seluruh selat nusantara.
Dari darah pahlawan ini,
lahirlah bapa-bapa kemerdekaan nusantara
Bapa Tengku Abdul rahman, Bapa sukarno
Maaf bapa, andai aku sebut namamu
telah meneruskan perjuangan pahlawan dahulu
sehinggalah berlaungan suara keramat dari bapa.

MERDEKA
MEERDEKAA
MEERDEKKAAA.
kita telah menjadi negara merdeka
menjadi negara serumpun yang berdaulat
menjadi saudara yang merdeka
meskipun pada rumah yang berbeda
meskipun pada suku dan agama berbeza
kerana kita adalah saudara serumpun.
Yang di tinggalkan oleh seorang bapa buat anaknya. Sebuah rumah yang indah, buat anak cucunya. Namun kita masih bertengkar dan bergigitan. Hanya masalah tentang atap rumah yang bocor. Kita masih bermasam muka, hanya kerana lantai rumah yang reput. kita jadikan sebagai alasan bersengketa.
Sedangkan kita sudah MERDEKA.
andai bapa ini masih hidup
pasti ia bersedih melihat kita
tapi dimana silapnya.
Atau mungkin
kita ini
anak-anak
yang NAKAL.?
Oleh:
Nur Firdaus Faris Fitri
johor malaysia
TAMAT.