Selepas singa berhenti mengaum
Belantara berdesir tenang
Kijang-kijang menggetas pucuk
Ungka ligat bergayut
Ikan tenang di tasik.
Ketika singa kembali lapar
Mencari daging pejal
Belantara berwajah gusar
Dan penghuni dicerut duka.
Ketika panah terpacak di dada
Sang singa salahkan siapa?
Oleh:

MUKHTAR MUSTAFA.
Kelantan, Malaysia.
MUKHTAR MUSTAFA. Lahir 10.12.1955,di Kampung Bakat, Gual Periok. Pasir Mas, Kelantan. Menulis Puisi, Cerpen, Drama Radio. Penulisan Sonian atas bimbingan Soni Farid Maulana dan Latty Latisa Awal 2019. Antologi sonian pertama Mukhtar, Jantung Kata kelolaan Soni bersama penulis Indonesia diluncur pada Julai 2019.
TAMAT.