Udang Galah | Old Roots, New Routes

Antara udang galah
dengan udang kertas
udang galah memilih perut orang ada-ada
dengan angkuh udang galah berkata
Aku mahal harganya
tempat aku dalam perut orang kayangan.

Eleh!
udang kertas mengumpat
keluar dari perut jadi najis juga
kita jumpa dalam kumbahan sana.

Oleh:

Amir Hamzah.
Ipoh, Perak, MALAYSIA.

TAMAT.