Katamu
di kolam hanya bayang berbicara
kerana di air wajah tak selalu tenang. lalu kau pelawa aku bermain teka-teki: antara kita, wajah siapakah yang dahuluan hilang?

Ketika kau pegang tanganku, aku pun meronta: kawan, aku ingin menyelam ke dasar air kerana bayang tak pernah sama. wajahku sering bergantian antara seram dan walang.

Anehnya,
katamu: bayang telah bertukar menjadi karang. tajamnya
menanti korban. teka-teki kita simpan jadi dongengan.

Aku pun diam
dan engkau tersipu sendirian.

Oleh:

Ghazali Sulong.
Rantau Panjang. Kelantan.
07082020.

TAMAT.