Tanah airku sedang sakit. nafasnya sesak dalam suram pelita yang diayun cahayanya. meruap, merapi harap dan percakaran yang tak kunjung malap.

Tak pernah kurasakan panjangnya malam tanpa mimpi, tanpa kasih, tanpa peduli kecuali pasrah. cinta berabad yang kukurung terasa terburai, bercerai berai dalam pelbagai harap yang diperdagang, ditabur ke halaman, ke kantung malap.

Hari-hari yang ragu merayap ke serambi, meraba-raba potretmu seperti terbiar dan terbuang ke penjuru.

Tanah airku sedang sakit
tak perlu kuriuhkan kemerdekaan
dengan slogan atau kisah semalam.
aku marhean sepertimu, cintaku tak pernah malap. telah kuserahkan dinar hayat dan nafas kudrat tersusun rapat ke pintu kudrat atau kubur yang merapat.

Oleh:

Ghazali Sulong.
Rantau Panjang. Kelantan, MALAYSIA.
04082020.

TAMAT.