Kita cepat sinis mengata
walau tajwid kita masih melata
rukun iman kadang terlupa
rukun islam kadang tiada.

Kita ikut sedap rasa lidah
ikut suka tabik dada
tanpa buka kitab agama
lebih bijak dari ulama
lebih betul dari rasul
lebih berkat dari malaikat.

Kita cepat menghukum
hanya kerana beza warna
selalu merasa lebih cerdik,
lebih mulia, lebih sempurna,
lebih layak masuk ke syurga.

Oleh:

Sosonjan A. Khan.
Brunei Darussalam.
11/7/2011

TAMAT.