Rain on the river | Smell of rain, Rainy days, Love rain

Hujan berbuah lagi. musim menggugurkan dingin dari ranting angin. ikan terkapai-kapai di halaman rumah disenyonyongkan hulu sungai. berasaplah lagi cerobong-cerobong dapur kami, berapilah lagi haruman ikan-ikan dibakar.

Ramalan cuaca terkujur di kaki taburan hujan yang kedatangannya tak terlihat di mata teknologi. ada yang tenggelam timbul sehelai sepinggang dihambat banjir. balai raya segera menghulurkan tangan menjadi rumah lebaran. banjir tahun ini semakin meriah dilawat menteri-menteri bersarung pelangi.

Mendung bersiar-siar di sana sini. sungai berenang-renang melompat titi kerana hujan belum puas mencuci kaki. seperti tak terjadi apa-apa, jari-jari medsos bergeletar di papan cerita. bedak gosip dan caci maki tak berhenti menghodohkan muka.

Oleh:

sodagar katcja
20.12.19.

TAMAT.