Perjalanan ini terlalu sunyi
tanpa pelita dari rambutan malam
tanpa hiasan bintang berkelipan nun di sana.

Ku gagahkan jua perjalanan ini
hanya berbekalkan keyakinan di dada
bahawa tuhan mungkin sedang tersenyum melihat ku.

Hanya berbekalkan ilmu tafsir di dada
ku jadikan mata sebagai tongkat meredah malam
bersama pelita hati menunjuk jalan.

Meskipun pungguk memanggil daku
agar dapat menemaninya di ranting keimanan
ku menolak kerana dahannya begitu rapuh.

Ku teruskan jua perjalanan ini
meskipun tanpa bulan dan bintang
ku menafsir disitu dan disana pasti ada jalan.

Kerana ku yakin pada kegelapan
dalam setiap kegelapan yang kita lalui
pasti akan ternampak sinarnya dimana-mana.

Kerana sinar tidak boleh bersembunyi dalam kegelapan
kegelapanlah yang seringkali menyembunyikan diri
dalam usaha mencari jalan pulang.

Oleh:

nur firdaus faris fitri
23 july 2020 johor
MALAYSIA.

TAMAT.