Aku merapikan cermin
dengan serbuk cinta dunia
hingga nafsu menembus biaglala
yang berkabus di muka jendela
meriap tanpa dosa
dan hanya sesekali kembali ke kamar menyusun anigma.

Setia sejuta hari
kita sangkutkan pada kelarai hari
sehingga petang ribut melanda
dan sebatang julai berayunan di jendela.
Kitapun berpautan
agar kaca tidak bertaburan.

Di balik langsir
kuintai arlogi masih berayunan
di rahim doa.

Oleh:

Ghazali Sulong.
Rantau Panjang, Kelantan
28052020.

TAMAT.